Pengenalan Syarikat

Mahligai Idaman Construction

Mahligai Idaman Services telah mula beroperasi sejak tahun 2008 berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan. Sehingga Ogos 2016, Mahligai Idaman telah membina lebih daripada 100 buah Banglo kediaman di Kelantan Terengganu dan Pahang dengan rekod tiada projek terbengkalai.

Bidang perniagaan utama syarikat ini adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan bangunan terutama kerja-kerja membina banglo persendirian. Tanah lot banglo yang diuruskan meliputi tanah persendirian, tanah syarikat Mahligai Idaman dan tanah individu atau syarikat lain.

Mahligai Idaman Services

Ditubuhkan pada tahun 2011, Mahligai Idaman Service merupakan anak syarikat kepada Mahligai Idaman Construction. Fokus utama syarikat ini adalah mendirikan rumah siap bina sebelum dijual kepada pelanggan. Senarai rumah siap bina boleh didapati di laman web www.mahligaiidaman.com

Sejak penubuhan, syarikat Mahligai Idaman telah didokong oleh rangkaian tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang hartanah dan pembinaan bangunan. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman ini, syarikat bertekad dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan dan berdaya maju seterusnya dapat memberikan kepuasan kepada pelanggannya.

PERKHIDMATAN

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Mahligai Idaman ialah:

  • Membina dan memajukan bangunan di atas tiga kategori tanah lot banglo:
    • Tanah lot banglo milik Mahligai Idaman
    • Tanah lot banglo persendirian miik individu yang ingin menjual
    • Tanah lot banglo persendirian milik pelanggan
    • Mengubahsuai rumah dan bangunan
  • Menguruskan pinjaman kerajaan/bank/KWSP dan lain-lain bagi pihak pelanggan atau pembeli rumah
  • Khidmat proses pecah lot atas dua kategori dana:
    • Dana tuan tanah
    • Dana syarikat Mahligai Idaman
  • Selain itu, Mahligai Idaman juga mengalu-alukan individu atau syarikat yang ingin bekerjasama melalui penggabungan modal bagi membeli tanah secara bersama.

APA YANG MENARIK DENGAN MAHLIGAI IDAMAN NI……PERSOALAN INI KERAP BERMAIN DI FIKIRAN ANDA,NAH LUANGKAN MASA ANDA UNTUK MELIHAT KELEBIHAN MAHLIGAI IDAMAN.

1.RUMAH MACAM HOTEL HILTON

Apa ❗Rumah macam Hotel Hilton 🏢❗❗

Waduh waduh!!! Apa lagi la Mahligai Idaman nak umum ni, diorang ni suka buat hal la. Lepas satu-satu umum upgrade spec rumah.

Mana tak gilanya Bedah oi, orang lain kalau buat rumah kalau boleh nak kasi barang semurah mungkin pasal nak untung lebih. Mana ada orang meniaga taknak untung.

Tapi Mahligai Idaman ni gila semacam aku tengok! Seram sejuk naik bulu roma.

Start tahun lepas, diorang upgrade:
💎pintu utama dan belakang jenis security door
💎pintu bilik air alumunium tempered glass
💎pintu bilik jenis steel
💎kepala paip jenis premium
💎set shower
💎sinki dapur yang mahal

Ish ish ish

Tahun ni pula, diorang upgrade;

💎suis & soket jenis mewah
💎mangkuk tandas mahal mahal
💎sinki dapur pun dah bertukar yang lebih mahal
💎shower set jenis mahal
💎 security door jenis grill pintu depan dan belakang
Adoii laa…dah macam duduk kat Hotel Hilton dah aku tengoknya.
📢📢Hari ni apa pula ni, umum nak upgrade Laminate Floor pula!! 📢📢
💲Harga rumah pula kekal maintain!!

Gila kau, laminate floor barang mahal laaa!

Kau nak tahu, ada kawan aku kerja bahagian penilai harta yang duk nilai rumah bagi permohonan loan perumahan pun pening. Mahligai Idaman ni beri barang mahal tapi harga kekal gitu je….dengan diorang sekali terliur nak buat rumah.

Tak boleh jadi ni, cuti sekolah ni kena jumpa Mahligai Idaman. Kalau siapa tak jumpa nombor telefon Mahligai Idaman, mari sini aku share kat korang:

📞 Kelantan/Terengganu /pahang: 019-8927375/0139466766

2.Mengunakan tap kalis air atap

Tape kalis Air untuk Atap?

Haa, ramai yang tak tahu, dalam senyap Mahligai Idaman telah memperkenalkan kegunaan tape kalis air (waterproof tape) bagi kegunaan atap yang bertujuan nak elakkan kebocoran. Ia dilekatkan pada perabung atap.

Sebenarnya, kegunaan tape atau disebut juga sebagai Compact Roll bagi jenama Monier telah lama berada di pasaran, tetapi rata rata kontraktor akan menggunakan material lain seperti simen berbanding tape ini disebabkan harganya mahal.

Tetapi, walaupun harganya mahal, tape ini lebih baik berbanding simen dalam ketahanan kebocoran kerana kegunaan simen lama kelamaan boleh retak akibat cuaca panas dan hujan yang akhirnya menyebabkan atap bocor selepas beberapa tahun.

Mahligai Idaman mengambil penyelesaian jangka panjang dengan membawa masuk gulungan tape dalam kuantiti besar dan akan digunakan bagi projek kami yang akan datang.
Barangnya tampak remeh kalau dilihat dengan mata kasar tetapi cukup mampu mengelakkan risiko kebocoran!
Kualiti bina rumah kami akan bertambah lagi dengan tape ni!!

3.Upgrade spesifikasi lagi!!

Mahligai Idaman mengesahkan bahawa spesifikasi semasa barangan binaan telah ditambah baik (upgrade) selangkah lagi dengan memperkenalkan bidet jenis stainless steel untuk kegunaan bilik air/tandas.

Bidet jenis premium ini didatangkan dengan jenama Morvan (jenama milik Mahligai Idaman) ini adalah satu lagi bukti komitmen kami pada binaan rumah berkualiti.

Penggunaan barangan ini akan dimulakan seawal bulan Januari bagi pasaran kami di Kelantan dahulu sebelum diperluaskan pada negeri operasi kami di Terengganu dan Pahang.

Sekarang bertambah lagi sebab kenapa anda perlu memilih Mahligai Idaman sebagai kontraktor bina rumah anda!

TANAH DAN PAKEJ RUMAH

Lot banglo untuk dijual bersama Pakej Bina Rumah :

  1. Buloh Poh, Ketereh
    Kuantiti 1 lot
  •  Keluasan tanah: 9093 kps
  • Status Tanah: Kekal, Bumi Lot
  • Lokasi: berhadapan SK Buloh Poh, tepi jalan besar laluan Ketereh-Melor
  • Harga Tanah: RM 127,000 (RM 14 sekaki persegi)
  • Pakej bina rumah: bermula dengan 2000 kps, harga rumah bermula RM 260,000. Harga rumah 2000kps + tanah bermula dari RM 387,000.
    ** tidak termasuk harga infra jalan tar+longkang besar. perlu bina jika ada dalam syarat lulus Majlis Daerah.

 

2. Padang Lembek, Ketereh

  • Kuantiti: 3 lot
  • Keluasan tanah: 6242 kps setiap lot
  • Status Tanah: Kekal, Bumi Lot
  • Lokasi: 1 km dari Jalan besar Ketereh-Kok Lanas
  • Harga Tanah: RM 75,000 (RM 12 sekaki persegi)
  • Pakej bina rumah: bermula dengan 1200 kps, harga rumah bermula RM 156,000. Harga rumah 1200kps + tanah bermula dari RM 231,000.
    ** tidak termasuk harga infra jalan tar+longkang besar. perlu bina jika ada dalam syarat lulus Majlis Daerah.

 


3)Baung, Pengkalan Chepa

  • Kuantiti: 1 lot
  • Keluasan tanah: 6705 kps
  • Status Tanah: Kekal, Bumi Lot
  • Lokasi: 1 km dari Petronas Jln Pengkalan Chepa
  • Harga Tanah: RM 167,000  (RM 25 sekaki persegi)
  • Pakej bina rumah: rumah 2100 kps dengan harga lum sum RM680,000
    (pelan sudah lulus Majlis Daerah, termasuk pagar bata keliling, rumah ketinggian 12 kaki, lantai rumah ke tanah berketinggian 2 kaki, cermin hijau reflect, cat momento, kabinet dapur, tingkap labuh, laminate floor semua bilik, table top 10 kaki panjang, grill, pendawaian 3phase, sistem penggera Alarm)
    ** tidak termasuk harga infra jalan tar+longkang besar. perlu bina jika ada dalam syarat lulus Majlis Daerah.

 

4)Simpul Berlubang, Machang

    • Kuantiti: 2 lot
    • Keluasan tanah: 5262 kps & 5100 kps
    • Status Tanah: Kekal, Bumi Lot
    • Lokasi: 1.5 km dari flyover Machang-Tanah Merah
    • Harga Tanah: RM 52,600, RM 51,000 (RM 10 sekaki persegi)
    • Pakej bina rumah: bermula dengan 1200 kps, harga rumah bermula RM 156,000. Harga rumah 1200kps + tanah bermula dari RM 208,000 & RM 207,000.
      ** tidak termasuk harga infra jalan tar+longkang besar. perlu bina jika ada dalam syarat lulus Majlis Daerah.

 

5) Padang Kala, Peringat

  • Kuantiti: 2 lot
  • Keluasan tanah: 7029 kps & 7287 kps
  • Status Tanah: Kekal, Bumi Lot
  • Lokasi: 1.5 km dari Jalan besar Peringat-Melor
  • Harga Tanah: RM 84,000 & RM 87,000 (RM 12 sekaki persegi)
  • Pakej bina rumah: bermula dengan 1800 kps, harga rumah bermula RM 234,000. Harga rumah 1800kps + tanah bermula dari RM 318,000 & RM 321,000.
    ** tidak termasuk harga infra jalan tar+longkang besar. perlu bina jika ada dalam syarat lulus Majlis Daerah.

 

6)Pauh Sembilan, Bachok

  • Kuantiti: 1 lot
  • Keluasan tanah: 5383 kps
  • Status Tanah: Kekal, Bumi Lot
  • Lokasi: 1 km dari SK Pauh Sembilan
  • Harga Tanah: RM 64,000 (RM 12 sekaki persegi)
  • Pakej bina rumah: bermula dengan 1200 kps, harga rumah bermula RM 156,000. Harga rumah 1200kps + tanah bermula dari RM 220,000.
    ** tidak termasuk harga infra jalan tar+longkang besar. perlu bina jika ada dalam syarat lulus Majlis Daerah.

 

7)Seberang Jertih, Besut

  • Kuantiti: 2 lot
  • Keluasan tanah: 5003 kps setiap lot
  • Status Tanah: Kekal, Bumi Lot
  • Lokasi: 1 km dari Bandar Jertih
  • Harga Tanah: RM 70,000 (RM 14 sekaki persegi)
  • Pakej bina rumah: bermula dengan 1200 kps, harga rumah bermula RM 156,000. Harga rumah 1200kps + tanah bermula dari RM 226,000.
    ** termasuk harga infra jalan tar+longkang besar.

 

Lain lain rumah yang telah siap

NAK TAHU LEBIH LANJUT? HUBUNGI 0198927375/0139466766 ATAU HUBUNGI KAMI DENGAN MENGISI MAKLUMAT DI BAWAH

4 + 8 =