PROFAIL SYARIKAT

LATAR BELAKANG

RIZQIN ZAWMAL RESOURCES telah didaftarkan secara rasminya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 9 OGOS 2015 dengan aktiviti utamanya adalah di dalam bidang perkhidmatan Takaful koperat ,khairat kematian dan takaful individu serta perkhidmatan pembinaan rumah banglo di atas tanah milik sendiri. Syarikat juga ada menawarkan perkhidmatan pengurusan keewangan untuk individu di samping menjadi pembekal untuk produk kesihatan . Syarikat ini mempunyai pejabat sendiri untuk mengurus dan menempatkan segala perhidmatan,mempunyai seramai 10 orang pekerja sepenuh masa yang berpengalaman dan berdedikasi serta turut dibantu oleh 15 orang pekerja sambilan mampu untuk melicinkan operasi syarikat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

VISI

Menjadi sebuah syarikat perkhidmatan Takaful koperat Bumiputera Islam terbaik dan mampu menjadi contoh kepada syarikat lain.

MISI

Memberikan perkhidmatan Takaful terbaik dan berkualiti dengan menyediakan pelbagai pakej lengkap yang menarik dan sesuai untuk memenuhi kehendak dan bajet pelanggan

OBJEKTIF

Memberikan perkhidmatan Takaful dengan menawarkan perbandingan kelebihan dan kekurangan syarikat syarikat Takaful dan Takaful individu di Malaysia bagi memudahkan para pelanggan membuat pilihan yang tepat bagi memenuhi keperluan sebenar pelangan.

Menyediakan Perkhidmatan membina Rumah atau Bangunan di tapak tanah milik sendiri pelanggan dengan kadar yang mampu milik tanpa menjejaskan kualiti Rumah atau bangunan.

Memastikan setiap produk kesihatan yang di bekalkan oleh syarikat kami menepati dan mengikuti piawaian yang telah di tetapkan oleh KKM bagi memastikan produk adalah efektif, efisyen dan berkualiti tinggi serta memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Memberi perkhidmatan nasihat kepada pelanggan bagi mendapat pengurusan keewangan yang berkesan dengan menyediakan platform pelaburan yang tepat dan menguntungkan serta mematuhi syariah.

MAKLUMAT SYARIKAT

Nama syarikat: RIZQIN ZAWMAL RESOURCES

Pengurus Operasi: En. Zawani Bin Ismail
Pendidikan:
Master in mechanical engineering (UMP)
Bachelor in mechanical enginnering (UTM)
Diploma in Marine engineering (UTM)

Bentuk perniagaan: Agensi Koperat Takaful ,individu Takaful, pembinaan bangle dan bangunan, produk kesihatan dan pengurusan keewangan untuk pelbagai badan kerajaan swasta dan badan berkanun serta persendirian.