Berdakwah kepada masyarakat Islam menegakkan Sunnah Rasulullah SAW melalui instrumen perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah. Mewujudkan satu platform bagi umat Islam merancang dan mengurus harta pusaka mereka secara efektif dan cekap melalui kaedah Syariah sepenuhnya. Mendaulatkan kaedah perancangan harta pusaka Syariah dengan penggunaan maksima instrumen-instrumen Syariah seperti Dokumen Hibah, Dokumen Wasiat Islam, Dokumen Harta Sepencarian, Dokumen Amanah dan Dokumen Waqaf. Memelihara keharmonian dan kerukunan institusi kekeluargaan dengan penekanan kepada perhubungan silaturrahim waris selepas kematian pelanggan. Meringankan beban waris dengan membantu mereka melalui proses tuntutan harta pusaka dengan cepat dan pada kos yang paling minima. Mewujudkan satu peluang keusahawanan baru yang inovatif dan mampu memberikan pendapatan lumayan kepada penggeraknya.

Wasiyyah Shoppe percaya bahawa apa yang dilakukan pada hari ini adalah untuk mendidik masyarakat Islam merancang harta pusaka mereka mengikut Kaedah Syariah sebagai satu usaha dakwah dalam menegakkan Sunnah Rasulullah SAW berasaskan NAWAITU; SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT.Walaupun pada dasarnya apa yang diusahakan kini adalah satu perniagaan, namun Wasiyyah Shoppe berpegang kuat kepada keyakinan bahawa objektif penglibatan utama kami di dalam industri ini adalah menlangkaui nilai komersil iaitu mengejar keberkatan dan ganjaran 100 pahala mati syahid yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umatnya yang berjuang menegakkan Sunnah Rasulullah SAW